Aku Anti Lelaki ?? | fasihah.com


March 16, 2011

Aku Anti Lelaki ??

Assalamualaikum semua. hye cute and handsome readers! Oh My God.. Baru kenal semalam nak masuk meminang? How dare you to ask that kind of question? Haha Ok, nak tanya lah kan, ada tak sesiapa yang pernah rasa nak lari daripada seseorang? Especially for girlsss, they want to escape from BOYSSS. Sungguhlah, this kind of BOYSS they are desperate or what?

Ini pengalaman sebenar. Bila musim belajar kat Universiti ni, confirm, siapa yang single mingle lagi, ramai yang kena terjah. Apa tak nya, yang dah 'berpunya' pun kena terjah kan? Habis terumbang-ambing 'rumah tangga' depa! Kat U ni lah kan berlakunya fenomena..

" Jom masuk kelab ni, boleh tambah kawan."

Ada masalah dengan statement tersebut? Tiada, tapi, berhati-hatilah dalam berkawan. Tak salah nak berkenalan, tapi jangan lebih batas lelaki dan perempuan. Lagi 1, niat bila nak pergi ke sesebuah program kenalah betul. Jangan kau pasang niat, "aku nak pergi program minggu ni lah, presiden tu handsome lah". memang aku cakap terus terang, kau menempah maut! Kau dapat apa berprogram nanti kalau letak niat macam tu? Dapat tengok that mamat saja lah pun.

Satu fenomena popular bila memasuki sesebuah kelab di Universiti.

(tiba-tiba in a relationship with abu dalam facebook)

Kawan: Eh, sejak bila minah ni ada 'pak tua'?
Aku: Mana kau tahu? Suka-suka serkap jarang kau!
Kawan: aku tengah tengoh FB dia ni. (stalker lagi dia nie..haih)
Aku: Siapa 'pak tua' dia?
Kawan: Abu
Aku: Siapa pulak tu?
Kawan 1 Kelab Dengan Minah: Oh, Abu ke? Ala, tu budak kelab tu.
Aku & Kawan: OOoooOOOOoooo...........
Kawan 1 Kelab Dengan Minah: Baru lah tu, baru 24 jam.
Aku & Kawan: iya kah? (speechless)


Sekelas dengan pelajar daripada jurusan lain dalam sesuatu subjek merupakan perkara biasa. Fenomena yang memang biasa pula terjadi apabila pelajar dikehendaki membuat assignment dan projek di dalam kumpulan. 

Bagi mereka yang anti lelaki macam aku sudah pasti memilih untuk berkumpulan dengan gigirls sahaja, tapi kadang kala dan selalu juga, kami diamanatkan untuk bekerjasama dengan lelaki. Apa kau fikir aku suka? Sungguh aku paling suka benci.Rasa macam nak drop terus daripada mengambil mata pelajaran tersebut.

Ini rentetan kisah daripada fenomena ini. (baru sahaja terjadi)

(sedang berdiskusi sesama ahli kumpulan di Library)

Lelaki 1: Nanti pasal video tu, Lelaki 2 setelkan. Nanti saya pas kat awak.
Aku: Ok, nanti kalau kau dah siap. Bagi kat aku.
Lelaki 1: mintak no hp. Nanti ada apa-apa hal, senang nak contact.
Aku: No hp?
Lelaki 1: ialah, kalau tak macam mana nak bagi video suruh edit nanti?
Aku: Ok, nah.

Lelaki 2 juga begitu. Tapi yang ni akutak kisah, Dia memang contact aku untuk setelkan kerja sebelum kejadian sahaja.

Sejurus selepas selesainya kerja kami berkumpulan. Sepatutnya, tiada lagi urusan antara kami. Betul kan? Tapi sebaliknya..

Tet tet tet tet (bunyi hp nokia 3110 aku)

Dalam hati, (siapa pulak bagi mesej malam-malam macam ni?)

Lelaki 1: Awak, siti tu dah tunang ke? Saya nampak ada cincin kat tangan dia.
Aku: Yup. Kenapa?
Lelaki 1: Tak ada apa, saja tanya, awak pulak macam mana? Dah tunang?
Aku: (what's the problem mamat ni?!) Belum lah. (dah tahu tak ada cincin lagi nak tanya, aku rasa macam nak sekeh ja)

Masa ini sudah rasa tidak selesa. Cliche lah kalau kau sengaja nak ajak-ajak borak macam tu kan? Kau fikir kau budak Engin***ing kau marketable? Kau fikir semua orang tak tolak cinta hati perasaan kau? Silap orang lah beb.. Aku tak berkenan cara kau. Ok, sambung lagi.

Lelaki 1: Kalau ada orang nak masuk meminang terima tak?
Aku: (ape kes mamat nie?) Tak pernah buka audition lah pulak siapa nak masuk meminang aku.
Lelaki 1: Kalau saya pinang awak terima tak?
Aku: (mamat ni gila apa kah? aku kenal dia tak sampai berapa jam, kau dah nak ajak aku kawin? sungguh GILA. Tiada word lain yang lebih sesuai selain itu.) Sorry, aku belum nak kahwin.
Lelaki 1: Awak ni, lambat betul lah reply mesej. Pakwe awak tak marah ke awak reply mesej dia lambat?

Sorry lah der.. Aku tak boleh terima lah cara macam ni. Dah habis kerja aku yang kena setel dengan kau. Tak perlu lah nak kacau aku lagi. Dan seterusnya, aku biarkan sahaja segala mesej ataupun call daripa Lelaki 1. Itu jalan yang paling bagus. Aku pun tak pernah simpan nombor kau sebenarnya.

Tapi masalah problem kalau 1 kelas, sebab aku kena jumpa dia setiap kelas. Gila menyampah. Secara tipikalnya, aku memang tahu kau ada aura kasanova, playboy dan buaya darat. 

Sedikit pengalaman aku..

Bila masuk U ni, memang macam-macam orang jumpa, nak-nak U aku ni international, nak yang hidung mancung, putih melepak, semua ada. Tinggal nak pilih sahaja. Dan ia menjadi 1 fenomena untuk pelajar U mempunyai 'buah hati' ulam jantung pisang kat U ni. Kat U aku, fenomena yang agak fofular, kahwin muda. Haha Nasib baik tak ada polisi wajib kawin awal. Kalau tidak, dah lama aku kena dismiss entah-entah bar terus.

Aku nasihatkan, pada mana-mana perempuan yang tak nak kena kacau, kalau ada lelaki kacau, ikut step-step ni..
  1. Tak payah layan. Biarkan, buang segala mesej, call, jangan simpan no dia.
  2. Cakap sahaja kau orang dah ada pakwa. Selamat. 
  3. Tak pun, bila depa kacau, habaq kat abang korang, suruh bagi warning kat that guy. Confirm tak berani kacau.
  4. Kalau tak makan saman jugak, kau orang lodge polis report sahaja. Menggugat ketenteraman diri kau kan?
Aku rasa itulah yang terbaik. Rimas kau tahu kena kacau macam tu? Unless memang sama-sama suka melayan. Itu tak ada masalah. Apa-apa jadi selepas itu sendiri tanggung lah der. Aku sungguh tak sokong kau nak rapat-rapat sangat dengan people yang kau baru kenal. Entah apa niat dia kat kita.

Haih..panjang pula cerita kali ini. Apapun, secara kesimpulannya, aku bukan anti dengan semua lelaki.. tapi aku anti dengan lelaki playboy ni. Kadang kita tahu depa dah ada makwa, tapi sibuk-sibuk nak kenal kita. Pergi jalan laa.. Aku tetap setia dalam diam tunggu dia nie..


Just joking lor... Tetaplah, kena tumpukan study dulu. Ini cerita tolak tepi. Tapi, macam mana nak tahu lelaki gentleman ke tak ye? Aku cerita fenomena ni, sebab terbaca entri cambest di blog [kAtEk]. Mari terjah!

Sila klik gambar untuk terbang ke entri beliau yang cambest tu.
Notes:
Pada gegirls yang belajar di U, jangan mudah memberikan cinta anda pada lelaki. 
Jangan mudah meluahkan kata cinta. 
Jangan mudah tunduk dengan mereka.
Jangan kau terlebih lembut gedik dengan mereka.
Jangan kau merendahkan maruah kau sebagai seorang perempaun. Ini yang paling penting.


Kalau suka, boleh like. ;)


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

19 comments:

Faiz said...

itulah yang terbaik..lau hati dah suka mesti lyn jg kot sikit2..tp lau hati dah xsuke mmg xlyn terus..huhu..anyway kene tetap pendirian je..baru hidup selamat..=)

Farah Hanim said...

-dh lame tak komenkomen kat sini.
suke tips akak tu :) takyah layan, abes cite :P

Sunah Mohammad said...

oh mai..encemnye ustaz amirul~~

qasehraihan said...

ye betull..
jgn mudah pcaya kat lelaki..
depa smua tu jaat..hahaha

ZACK ENTRY said...

Jodoh tak kemana, tapi hati-hati la memilih pasangan..jangan sampai tersilap langkah..:)

ieda said...

ayah kita lelaki kan .. ?? :))
x semua lelaki begitu .. yg mencipta ada baik ada buruknya .. ada syurga ada nerakanya .. lelaki x semestinya jahat kerana wanita juga adalah salah satu penyebab lelaki hilang pertimbangan .. :))

athirah nabila said...

best je bce.
semua ni pun pna jd kt sy even now
kdg2 kte pn xtw nk bt cne kn
btw,nice entry =)

FasiHaH SupiaN said...

@Faiz yup,tahu takpa faiz....

FasiHaH SupiaN said...

@Farah Hanim tq anim! :)

FasiHaH SupiaN said...

@Sunah Mohammad dgn ady budika, mane lg handsome kak sunah?hehe

FasiHaH SupiaN said...

@qasehraihan xsemua lah sis,ayah sis tak jahat kan?hehe

FasiHaH SupiaN said...

@ZACK ENTRYyup,betul2 zack entry..tq :)

FasiHaH SupiaN said...

@ieda yup kak...

FasiHaH SupiaN said...

@athirah nabila jgn cepat cair sis ;)

qausqazah said...

^_^...at least statemnt n posting ni jujur yg ikhlas dr haty....nice...

qausqazah said...

entri yg best..^_^

nazirulhazwan~ said...

alamak, den seorang playboy:P

FasiHaH SupiaN said...

@qausqazah hehehe real experience, of coz lah dr hati..hehe

FasiHaH SupiaN said...

@nazirulhazwan~ bahaya ni naz...huhu