Tarif Elektrik Akan Dinaikkan Isnin (30 Mei 2011) | fasihah.com


May 27, 2011

Tarif Elektrik Akan Dinaikkan Isnin (30 Mei 2011)

Assalamualaikum semua. Tadi jalan-jalan, nampak Milo Suam cerita tarif elektrik nak naik Isnin ni. Jadi terus lah buka mStar Online. Oh memang betul. Ini dia.


Kenaikan Tarif Elektrik Diluluskan

PUTRAJAYA: Majlis Ekonomi Negara (NEC) pada Jumaat meluluskan kenaikkan tarif elektrik yang butirannya hanya akan diumumkan Isnin ini.

NEC yang bermesyuarat di sini dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota Jemaah Menteri, lapor Malaysiakini.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dijadualkan mengadakan sidang media pada pukul 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.

Sejak beberapa minggu lalu, Kabinet berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.

Pada Rabu lalu, Kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga Petrol RON95 dan diesel.

Sementara itu satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada petang Jumaat menegaskan bahawa satu pengumuman mengenai tarif elektrik dan gas akan dibuat tidak lama lagi tanpa memaklumkan tarikh bila.

Bagaimanapun kenyataan itu mengesahkan bahawa soal mengkaji semula tarif yang sedia ada sekarang telah dibincangkan pada mesyuarat Majlis Ekonomi Negara pada Jumaat.

“Satu kenyataan mengenainya akan dibuat tidak lama lagi. Oleh yang demikian semua pihak adalah dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu berkenaan,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat Kementerian.

Pada Khamis, Menterinya, Datuk Seri Peter Chin berkata, isu mengenai tarif baru itu memang akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Negara. -mStar

Kalau minyak naik esok, malam ni orang sibuk beratur isi minyak. Tapi kalau elektrik yang nak naik harga, so, mungkin bolehlah guna tenaga solar pulak kot. ;)


Apapun, tunggulah Isnin nanti apa beritanya. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

6 comments:

nazirulhazwan~ said...

fuh, da la letrik rumah den skang pon dekat 200, haih

Solihin Zubir said...

kalaulah eletrik adalah sejenis pokok, mmg dh tanam byk kt blkg umah.. heheh...

aQi + GenGkey said...

aiseh..
ron95 x naek tarif elektrik pulak naek..
makin tggi la kos sara hidup nmpk nye lpas ni..

Aretikz said...

Err.. silap2.. org bratur nak curi kabel letrik kot? haha..

Mohamadazhan hjDesa said...

tenaga solar mahal..

::blog anak jawer:: said...

hai...sejak akhir2 ni...sume bnde jd bn (barang naik)...