Perempuan : Legging Lebih Baik Daripada Hot Pants | fasihah.com


July 19, 2011

Perempuan : Legging Lebih Baik Daripada Hot Pants


Perempuan memang menawan serta jelitawan. Lelaki memang kacak macho budiman. Kan? ^__^


Tadi petang, pi jejalan. Ada satu statement yang memanggil-manggil jari-jari ini untuk berkata-kata. Agak hiperbola di situ okeh. Jari-jari tak pandai berkata-kata, mulut sahaja. Tapi, jangan lupa, di hari kiamat nanti, adakah mulut kita yang berkata-kata?


I better switch to digital by ~IgorLaptev

Agak-agak dah agak ke belum apa statement dia? Hurm, seorang perempuan, berkata.. "memakai legging itu lebih baik daripada hot pants".

Korang tahu kan legging? Ambil kata dasar leg iaitu kaki, jadi seluar yang menyerupai kaki?

 Dan korang tahu apa itu hot pants? hot ialah panas, seluar yang panas?

Haha umumnya, legging itu seluar yang sangat ketat, kata orang arab tight, fit dan mengikut bentuk kaki yang sangat tegak seberdiri adakah seperti menara KLCC? entah, menara KLCC itu lebih halal dipandang mata kot?


Hot Pants. Seluar yang Ahmoi selalu pakai. Tahu tak? gambar-gambar tidak akan disiarkan. Seluar jenis ini serupa macam seluar pendek, tapi untuk budak umur 4 ke 5 bulan mungkin? Sebab sangat senteng atau pendek. 

Legging lebih baik daripada memakai hot pants.

Mencari tang mana yang lebih baik tu ye? Rasa macam, memakai jubah lebih baik daripada legging dan hot pants je. =.=''


Legging mahupun Hot Pants, kedua-duanya tak cukup syarat. Sebelum berkata-kata baik nya siapa yang lebih baik, eloklah tahu, aurat perempuan tu apa yang wajib tutup. Apa yang tak boleh tunjuk. Jangan memain dengan hukum Allah. 


Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :- 
 
ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب
Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988) 


Sejujurnya rasa macam, statement macam ni tak patut keluar. If you are non-muslim, perhaps, I will consider, if not..... hurm..
Better in Color by ~ArtGrl24
Perempuan adalah 1 cabaran buat lelaki..

Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum perempuan, iaitu ANDA, perempuan dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT : 
 
زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..
"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..." 
 

Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda : 
 
ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء
Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa ) 
 


Mungkin ada yang berbisik-bisik mengatakan, 'alaa pakai tudung pun bukan baik! Baik tak payah pakai tudung.' Hurm, dah layak sangat ke nak menghakimi orang tu baik ke jahat ke? Hukum tetap hukum. Mana boleh tolak tepi, unless we are no longer a muslim.

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Pick Your potion

Jadi, wujud ke istilah legging lebih baik daripada hot pants? Boleh teruskan pembacaan mengenai aurat perempuan di Aurat Wanita : Apa Sudah Jadi?


Lelaki : terpandang tak apa, tapi jangan sesekali nak toleh buat kali kedua pulak!

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

24 comments:

H.J said...

22 tetap aurat,..so..dua2 berdosa..ahaha

Hamba Ilahi said...

wau, hotnya tajuk!

er, kalau pandang sekali sampai 5 minit takpe tak ustazah?

hehe

al_hakim said...

hurm..kalau bab pakaian ni org sealu pertikaikan tudung labuh n singkat kan?

syarifahsidrus said...

ada ke? memang 2 2 tu tak patut pakaila...

suhaili sarif said...

nice sharing
akak rasa kalau satement pakai legging lebih baik dr hot pants mcm 1 alasan je utk pakai legging
meaning dorg nk crik alasan utk menghalalkn bnda 2
wallahualam

nice sharing FS

aimie amalina said...

ayooo..bole plak compare cm tu ye..

Ikmal Arif Azami said...

i do hate girls wearing that those bloody thingy!! geli

Mohamadazhan.com said...

owh...baru tau nama seluar semua ni...kalau laki yang pakai macam mana agaknya.hehe


semua dah jadi trend sekarang...yang tak bertudung seperti benda biasa di luar tu...moga depa dapat hidayah dan petunjuk =)

cik nurussalwa said...

"Rasa macam, memakai jubah lebih baik daripada legging dan hot pants je. =.=''"

ha'ah.. very true..

1 je saya rasa punca semua ni jadi.. jahil tentang hukum.

kalau orang semua tahu and yakin dengan balasan Allah.. tiada siapa yang sanggup nak menjadi fitnah atas dunia ni..

wallahualam~

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

keduanya tetap berdosa dan tak tutup aurat

Alan Rizque said...

Alangkah baik kalau semua wanita sedar yang dia tu boleh meransang nafsu lelaki hanya dengan berpakaian seksi..

Afikah Aziz said...

kedua2 nye xtutup aurat...org skg suke balut aurat kn bukan tutup aurat..hurmmm

YAYA AZURA said...

dua-dua seluar tu sama je .. tak boleh pakai ...

::blog anak jawer:: said...

betul... memang tak patut wujud statement tu sebab mmg xde kebaikan pun antara 2 tu.. geli je org tgk...

Diana @ bilakukatacinta said...

thanks dear for your info..even sis tak pakai dua2 tu (melainkan dirumah disisi suami..heheh...)

Cik Aqilah Wardah said...

haha... dia faham konsep berpakaian tu hanya sekadar TUTUP kulit la tu....~ kan? kan??

bila hukum diperanak-anakkan......

lia AKA milo said...

ishishish..masalahnya dua-dua tak elok,
bahkan jeans ketat tu pun tak boleh..
Lia sendiri pun sedang berubah untuk tidak memakai jeans..

siapalah yang kata tu..tau istilah aurat ke dak??

erkk emosional pulak..

nida husna said...

nak selamat baik jangan pakai 2 2 tu.

merahitujambu said...

dua2 x sesuai di pakai....

norinaomar said...

hmm entahla FS,sakit mata je pandang perempuan yang pakai legging ni..mulut ni ringan je nak tegur direct pada si pemakai tapi takut kena pelempang pulak kan.
saya anti legging ni

Mya said...

thanks for d info. marilah kita sama2 ingat mengingati =)

Подтверждаю said...

as salam..
aurat wanita..lelaki juga ramai yang mengabaikannya..

tiada istilah yang mana lebih baik jika antara kedua-dua mana bentuk pakaian itu jauh menyimpang dari ajaran-Nya..

Mutiara Bernilai said...

terbaeklah alang!

sgt suka!

boleh jd ustajah pilihan ni :P

sergeant keroro said...

betul tu :)

dua-dua tak menutup aurat, jadi salah.

kita tak berhak judge orang, tapi Allah sajelah yang berhak untuk judge kita, tak kira apa yang kite buat.